Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah

Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad pasti tidak duduk senang dengan pembebasan 40 tuduhan rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, ini kerana Mahathir pernah memberikan arahan kepada Ahmad Zahid untuk membubarkan UMNO.

“Tun M pasti geram dan marah apabila Mahkamah Shah Alam bebaskan Zahid.

“Pembebasan Zahid naikkan suhu dendam Tun M pada UMNO kerana UMNO tidak bubar. Sebaliknya Tun M hilang kuasa. Kini Pejuang dan PPBM pula akan terkubur.

“Sampai kesudah Zahid tidak tunduk pada Tun M. Dia turun naik dua mahkamah. UMNO tetap bangkit di bawahnya. Hidup Zahid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid bebas daripada 40 tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Media pada 9 November 2018 lalu melaporkan Mahathir menyuruh Ahmad Zahid membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.

Dr Mahathir yang ketika itu adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Mengulas mengenai perkara itu, Puad mendakwa disebabkan keengganan Ahmad Zahid untuk membubarkan UMNO, maka beliau diheret ke mahkamah.

“Tun M desak Zahid bubarkan UMNO. Mujur Zahid tidak jual UMNO. Desakan Tun M itu didedahkan oleh rakaman video yang viral oleh PPBM sendiri. Tun M tidak boleh nafi.

“Itu punca Zahid didakwa. Zahid bebas, Najib terpenjara. Itu harga UMNO tidak bubar,” katanya lagi. MG

Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker