‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam

‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam

Seremban: “Sudah lama anak berminat dengan Islam, tetapi hasrat itu tertangguh sebaik dia dimasukkan ke hospital kerana menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu,” kata Hanna Zulaikha Abdullah, 51.

Hanna Zulaikha berkata, dia terlebih dahulu memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, pada 3 Ogos lalu.

Sementara, anak perempuannya, Fatimah Abdullah, 25, memeluk agama Islam pada 8 September lalu, ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.



“Arwah sendiri memilih nama Fatimah sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah di katil hospital baru-baru ini.

“Wajahnya nampak ceria dan dia memberitahu jiwanya terasa tenang seolah-olah baru dilahirkan walaupun ketika itu sedang sakit,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale di sini, hari ini.

Hanna Zulaikha berkata, walaupun sedih dengan pemergian anaknya pada 20 September lalu, namun dia bersyukur kerana Fatimah ‘pergi’ selepas memeluk agama Islam.

“Ketika nazak, arwah anak sempat menyebut nama Allah dengan terang yang membuatkan saya benar-benar terharu,” katanya.



Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak Pusat Dakwah Islamiah, Paroi yang membantu menguruskan pengebumian arwah Fatimah.

Katanya, jenazah anaknya baru dapat dikebumikan hari ini kerana perlu melalui pelbagai prosedur perubatan, selain perlu disahkan bebas Covid-19.

Sementara itu, petugas pengurusan saudara baru, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Fathiah Doris Abdullah berkata, dia dihubungi ibu arwah memaklumkan anaknya yang sedang menerima rawatan di hospital ingin memeluk agama Islam.

“Saya bersama rakan pejabat terus ke hospital untuk menunaikan hasrat arwah,” katanya. HM



‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker