Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah

Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah

Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan bahawa musuh sebenar Penyatuan Ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘khemah besar’ seolah-olah menyungguhkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh dibuat kawan.

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia merangkap Bendahari Pemuda UMNO Kedah, Datuk Hasmuni Hassan menyifatkan pandangan Takiyuddin agak menarik apabila mengingatkan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah ialah PH dan khemah besar.



“Selain itu, Takiyuddin juga menegaskan bahawa Pas masih mahu menjalin hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun mereka.

“Kenyataan Takiyuddin menyungguhkan bahawa Bersatu memang tidak boleh dibuat kawan. Pengkhianat tetap pengkhianat,”katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, umum tahu Bersatu ditubuhkan oleh orang-orang yang mengkhianati UMNO apabila bertindak meninggalkan UMNO apabila parti itu dalam kekalahan dan kesusahan.

“Kita mungkin tidak perlu mengajar Pas makna pengkhianatan kerana mereka juga pernah dikhianati oleh orang-orang yang menubuhkan Amanah,” katanya.



Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu merasakan Bersatu dan khemah besar yang diasaskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berupaya melindungi dan menaungi sesiapa.

Tambah beliau, disebabkan itu, sokongan dan dukungan rakyat terhadap Bersatu dan khemah besar ditolak sedikit demi sedikit.

“Rakyat tahu dan kenal siapa Bersatu, malah tahu juga sejauh mana prestasi dan kemampuan mereka menerajui negara. Takkanlah Pas tidak tahu,” katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Pas sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.



Takiyuddin berkata, parti itu sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutu-sekutunya termasuk khemah besar.

Beliau berkata, Pas kekal dengan pendirian untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun (kerjasama) sekali gus tidak bersetuju dengan gambaran BN sebagai musuh dalam PRU15 nanti. Sinar

Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir



Akulah Penyamun – PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker