Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Aktres popular Fatin Afeefa menasihat golongan wanita khususnya berstatus ibu tunggal agar tidak menghiraukan sebarang tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap mereka.

Menerusi siaran langsung dalam TikToknya semalam, Fatin, 28, berkata pernah menerima pelbagai gelaran negatif sejak bercerai.

“Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada.

“Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya,” kata pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin itu.

Memberi pandangan lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal selalunya dilemparkan kaum lelaki.

“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.

“Ada sesetengah wanita anggap lebih mula kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada jadi janda. Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak.

“Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut,” katanya lagi.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan itu juga mengakui tidak mudah untuk menutup mulut orang yang mengata tentang wanita berstatus janda.

“Mulut orang tak boleh tutup. Dulu pun saya sedih juga tetapi lama kelamaan saya sedar bahawa orang takkan berhenti bercakap.

“Jadi, buatlah apa yang buat anda gembira,” ujarnya lagi.

Pandangan tersebut disuarakannya selepas menerima pertanyaan daripada pengguna TikTok bagaimana untuk menghadapi pandangan negatif selepas bergelar ibu tunggal.

“Bagaimana awak hadapi pandangan orang tentang ibu tunggal sebab ramai yang memberi tanggapan negatif terhadap gelaran tersebut,” soal individu tersebut.

Untuk rekod, Fatin pernah bergelar isteri kepada pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 dan disahkan bercerai pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ivy Herra Sophia. K Online

Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker