Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf

Rygeir kini menggunakan pengalaman sebagai bekas ketagihan seks untuk membantu wanita lain yang senasib dengannya. – Google

BRISBANE – Seorang wanita dari Australia mengaku pernah tidur dengan 700 lelaki semasa dia berdepan masalah ketagihan seks, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Belinda Rygeir berkata ketika ketagihannya berada di fasa yang paling dahsyat, dia akan cuba ‘memancing’ mana-mana lelaki secara rawak termasuk di pasar raya untuk mengadakan hubungan intim.

“Ada masanya ketika saya sedang membeli barang dapur dan terserempak dengan lelaki tidak dikenali lalu terfikir ‘adakah dia akan berminat dengan saya?

“Pada saat itu, kawalan kendiri saya memang tidak berfungsi dan apa yang bermain di fikiran adalah bagaimana untuk menghilangkan ketagihan itu,” katanya.



Bagaimanapun, zaman ‘gelap’ itu berakhir apabila Rygeir berdepan insiden dipukul oleh salah seorang pasangannya hingga meninggalkan kesan trauma yang mendalam pada dirinya.

Kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu menyaksikan wanita itu dibelasah sehingga mata lebam, ditolak jatuh tangga dan menyebabkan tangannya patah.

“Selepas kejadian itu, saya mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan mula mengikuti kelas mengendalikan masalah ketagihan itu secara serius.

“Kini, keadaan saya semakin pulih dan saya menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu wanita lain yang berdepan masalah serupa,” jelasnya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?



Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker