Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu

Hani Karmila

Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu

Pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, bangga dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura, hari ini.

Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.



“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.

Artikel Berkaitan
• Fokus kekuatan mental skuad jujitsu
• Peragut pula jadi ‘mangsa’
• Skuad tarian optimis enam pingat
• ‘Jo Don’ lebih ‘mafia’
“Kejayaan ini berlangsung pagi tadi di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.

Menurut Tiara, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.



Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019. HM

Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker