Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion

Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion

Putera William diramal menjadi lebih kaya apabila bakal mewarisi estet diraja seluas 56,655 hektar dengan nilai mencecah £1 bilion (RM5.2 bilion), lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Laporan Forbes menganggarkan pada tahun lalu bahawa kekayaan peribadi mendiang Ratu Elizabeth II yang bernilai £433.7 juta (RM2.26 bilion) adalah terdiri daripada permata, koleksi seni, pelaburan dan dua kediamannya iaitu Istana Balmoral di Scotland dan Rumah Sandringham di Norfolk.

Ratu Elizabeth mewarisi kedua-dua harta itu daripada bapanya, Raja George VI.



Sebahagian besar kekayaan keluarga diraja Britain berjumlah sekurang-kurangnya £18 bilion (RM93.9 bilion) berupa tanah, harta dan pelaburan kini diwariskan kepada monarki baharu, Raja Charles III dan pewaris-pewarisnya.

Kedudukan sebagai pewaris takhta Britain yang pertama bakal menjadikan Putera Willian sebagai seorang yang lebih kaya apabila mewarisi takhta ayahandanya.

Raja masa depan itu bakal mewarisi harta pusaka Duchy of Cornwall daripada Raja Charles III.

Baginda memiliki portfolio hartanah yang meluas meliputi 56,655 hektar yang kebanyakannya terletak di barat daya England.



Hartanah yang dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1337 itu bernilai £1 bilion (RM5.2 bilion), demikian menurut pengiraan untuk tahun kewangan yang lalu.

Hasil daripada hartanah itu digunakan untuk membiayai aktiviti awam, swasta dan amal oleh Duke of Cornwall, kata laman webnya.

Gelaran itu kini dipegang oleh Putera William. K Online

Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker