PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis

PAS terdesak

PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis

Tindakan PAS memomok-momokkan kemungkinan berulangnya kejadian 13 Mei 1969 jika parti Melayu tidak menjadi tonggak dalam kerajaan menunjukkan keterdesakannya, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, PAS sering menggunakan strategi itu dalam setiap pilihan raya, namun Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara menganggap tindakan parti itu kali ini mungkin “memakan diri” memandangkan pengundi telah melalui pelbagai perubahan besar.

“Saat PAS menggunakan 13 Mei, atau ‘sejarah hitam’ kita, bak kata mereka, jelas mereka terdesak dan memainkan sentimen Melayu untuk terus menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan,” kata Awang Azman kepada FMT.



“Pemimpinnya juga tahu, tanpa Umno sebagai sekutunya, sukar untuk PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan. Jadi jawatankuasa pusatnya memutuskan parti itu akan terus mengekalkan Umno sebagai rakan rundingan walaupun tidak diendahkan.”

Pada Ahad, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, hanya dengan perpaduan antara parti Melayu-Islam sahaja dapat terjamin terbentuknya pemerintahan yang adil dan saksama untuk semua rakyat pelbagai kaum.

Ini akan diterima baik oleh majoriti rakyat yang tidak mahu “sejarah hitam” negara berulang, katanya.

Awang Azman berkata, PAS perlu menyedari ia bukan satu-satunya parti Melayu yang ada, seterusnya menggunakan sentimen kaum dan agama, yang disifatkannya sebagai tindakan populis semata-mata untuk meraih undi. Katanya, PKR turut didominasi orang Melayu tetapi tidak memainkan sentimen kaum.



“PAS perlu realistik dan terima bahawa semua kaum mesti mempunyai suara politik sama rata, dengan hak mereka termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Azmi berkata, tindakan PAS “mengumpan” menggunakan isu perkauman dan mengaitkannya dengan 13 Mei jelas langkah terdesak untuk memastikan parti itu terus berada dalam kerajaan persekutuan.

“Tindakan ini akan memakan diri kerana pengundi tahu parti itu menggunakan kaum dan agama untuk kepentingan sendiri,” katanya.

“Ia mahu memburukkan lawan politik bukan Melayu, dan cuba menarik Umno untuk bekerjasama supaya dapat terus berada dalam kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).”



Selain itu, katanya, PAS juga mungkin cuba memberi gambaran negatif mengenai Umno, susulan keengganannya bekerjasama dengan PAS dan Bersatu, apabila mendakwa penyatuan parti politik Melayu dapat memastikan kerajaan stabil bagi mengelak kejadian 13 Mei berulang. FMT

PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker