Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh

Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu melihat ‘kubur’ partinya terlebih dahulu sebelum mengidam mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘dikuburkan’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mahu Rafizi sedar diri bahawa PKR telah pun dikuburkan oleh BN menerusi tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Melaka dan Sarawak.

“Bagitau Rafizi dekat Johor dekat Melaka PKR dah berkubur dah…dekat Sarawak pun nak berkubur dah. Jadi, suruh Rafizi tengok kubur PKR dululah…kubur PKR dekat Sarawak dekat Melaka dekat Johor. Jadi, cukup-cukuplah nak menipu rakyat Rafizi ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi dalam ucapannya pada ceramah Rapat Mega Keadilan yang berlangsung semalam di Taman Melawati Gombak.

Dalam ucapan pada majlis yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi meramalkan BN dan UMNO akan terkubur dalam tempoh enam tahun lagi.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, Pas tidak lagi mampu membuat ceramah yang besar seperti yang dilakukan oleh PKR pada malam tersebut.

Beliau mendakwa, Pas hanya bersembang dan apabila sudah menjadi kerajaan mereka terikut-ikut dengan Bersatu dan UMNO. MG

Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker