Noor Nabila kecil hati dengan suami

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Usahawan Noor Nabila mengaku menyimpan semua foto Engku Emran Engku Zainal Abidin termasuk detik pernikahan mereka dalam arkib di Instagram (IG) akibat terasa hati dengan sikap suaminya itu.

Nabila yang juga kakak kepada Neelofa menjelaskan, dia tidak memadam semua foto suami, sebalik menyimpan koleksi foto dalam arkib.

“Biasalah dalam perkahwinan ada turun dan naik. Waktu itu, saya geram dan tak fikir panjang pun.

“Biasalah orang perempuan. Kalau bergaduh, perkara pertama yang kita lakukan adalah padam gambar.

“Perkara itu kecil sahaja tetapi apabila kita jadi perhatian, perkara kecil pun jadi besar,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Nazri Khan dan isteri, Datin Tuan Ernie Rossmerie Tuan Zahari di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Nabila ditemani Engku Emran ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Nazri Khan dan Tuan Ernie di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.
Nabila ditemani Engku Emran ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Nazri Khan dan Tuan Ernie di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.
Pada majlis itu, Nabila ditemani Engku Emran.

Mengulas spekulasi yang timbul gara-gara tindakannya itu, Nabila sedar kesan perbuatannya itu.

“Sebenarnya, saya tidak terkejut kerana sudah maklum implikasi tindakan itu. Sedikit sebanyak populariti Neelofa memberi tempias kepada saya dan keluarga.

“Sepatutnya, saya kena hati-hati. Tetapi hendak buat macam mana, saya hanyalah manusia biasa… Hati perempuan memang lembut,” katanya.

Spekulasi keretakan rumah tangga Nabila dan Engku Emran diperkatakan selepas usahawan itu dilihat seolah-olah memadam foto termasuk detik pernikahan mereka di IG, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bulan lalu, Nabila memuat naik rakaman video memperlihatkan kelibat Engku Emran sedang menunaikan solat.

Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Erra Fazira dan sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Majlis resepsi Nazri Khan dan Tuan Ernie Rossmerie dihadiri ramai selebriti termasuk Erra dan Engku Aleesya, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aiman Hakim Ridza, Zahirah McWilson, Emma Maembong serta suami, Muhammad Shazli Azhar.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Ziana Zain yang mendendangkan empat lagu pada majlis gemilang itu. BH

Noor Nabila kecil hati dengan suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker