Dulu penyokong tegar, kini atas pagar

Dulu penyokong tegar, kini atas pagar

Kajian mendapati sejak Julai lalu, terdapat penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan kaum Cina yang bertukar menjadi pengundi “atas pagar” kerana berasa kecewa dengan pakatan politik itu.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, PH justeru tidak harus melihat sokongan kaum Cina kepada PH sebagai suatu kepastian.

Beliau berkata, kekecewaan mungkin berpunca daripada sentimen pengundi bahawa sokongan mereka kepada PH menjadi sia-sia kerana kerajaan PH tidak berjaya melakukan apa-apa semasa mentadbir negara selama 22 bulan.

“Sudah tentunya, kami boleh menjelaskan bahawa 22 bulan yang ada tidak mencukupi untuk melakukan sesuatu.

“Tetapi hakikatnya, kami masih tidak boleh mengabaikan sentimen (tidak puas hati) yang ada dalam kalangan pengundi,” katanya kepada Sinchew Daily.

Lih Kang berkata, cara yang lama, termasuk cara hujahan yang beremosi, juga tidak boleh digunakan untuk mendapat sokongan pengundi Cina.

Katanya, pengundi menguasai lebih banyak maklumat selepas 2018 dan mereka juga lebih mengambil berat akan politik.

Beliau berpendapat, sentimen pengundi yang kecewa tidak semestinya sesuatu yang buruk.

“Atas pagar bermaksud mereka belum membuat keputusan siapa yang akan dipilih.

“Adalah menjadi satu cabaran untuk kita menambat semula kepercayaan dan sokongan pengundi atas pagar ini,” katanya.

Dalam pada itu, Lih Kang juga mengakui PH masih perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat sokongan pengundi Melayu luar bandar.

Katanya, pengundi Melayu di bandar termasuk golongan berpendapatan sederhana pula menyokong PH, tetapi sokongan itu perlu diperkukuhkan. MG

Dulu penyokong tegar, kini atas pagar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker