Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung

Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung

Bank Rakyat menawarkan produk pelaburan pertamanya, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus dengan sasaran lebih 60,000 akaun akan dilanggan bagi tahun pertama pengenalannya kepada rakyat Malaysia.

Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat, Noor Azilla Nasarudin, berkata produk kewangan terbaharu yang telah merekodkan pendaftaran 1,000 pemegang akaun sejak mula diperkenalkan Julai lalu itu akan membolehkan pelanggan melabur dalam aktiviti kewangan patuh syariah.

“Menerusi akaun ini, Bank Rakyat memberi peluang kepada individu berstatus warganegara serta bukan warganegara yang sedang meneroka peluang pelaburan baharu dengan pelaburan minimum serendah RM100 serta baki minimum pelaburan dalam akaun hanya sebanyak RM50.

“Di samping berpeluang memperoleh keuntungan yang tinggi, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan bertuah bagi kategori cabutan bulanan dan setiap setengah tahun,” katanya kepada media ketika pelancaran Akaun Pelaburan-i Rizq Plus, di sini, hari ini.

Noor Azilla berkata, produk pelaburan ditawarkan kepada pelanggan yang berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan menerusi pelaburan dalam portfolio aset pembiayaan runcit dengan menumpukan kepada portfolio Pembiayaan Peribadi-i dan Aset Cair Berkualiti Tinggi (HQLA).

Beliau berkata, produk ini yang berasaskan konsep Mudarabah, tidak mempunyai sebarang tempoh minimum atau maksimum dan pelanggan boleh mengeluarkan atau meningkatkan jumlah pelaburan mereka pada bila-bila masa.

“Menerusi konsep Mudarabah, keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan akan dikongsi mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan (PSR) yang telah dipersetujui bersama.

“Inovasi produk pelaburan ini diambil oleh Bank Rakyat berikutan ketidaktentuan persekitaran ekonomi negara susulan penularan COVID-19 dan bagi membantu Keluarga Malaysia untuk mengembangkan dana simpanan mereka untuk digunakan ketika dalam kesusahan, sekali gus menjamin kualiti hidup yang lebih baik dalam jangka masa panjang,” katanya.

Akaun Pelaburan-i Rizq Plus diperkenalkan bertujuan untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat berumur 18 tahun dan ke atas bagi merancang dan mengurus kewangan mereka dengan lebih baik, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran dan hadiah menarik setiap bulan.

Justeru, pelanggan yang layak digalakkan untuk melanggan produk pelaburan baharu Bank Rakyat ini kerana sekiranya mereka menyimpan dengan jumlah yang lebih tinggi, lebih banyak wang tunai yang boleh dimenangi.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi laman web dan media sosial rasmi Bank Rakyat, perkhidmatan perbankan internet iRakyat atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300805454 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran. BH

Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker