Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, masa depan Kertas Putih perlu diberi keutamaan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu pada masa akan datang.

Namun beliau memberitahu, masih terlalu awal untuk membuat andaian sedemikian. Bagaimanapun, katanya Kertas Putih adalah penting bagi setiap kementerian dan setiap menteri perlu memberi penekanan untuk meneruskan pelan yang sudah dirancang.

“Cepatnya nak halau saya tunggulah sekejap, dahlah kena halau dari (Parlimen) Rembau, ini nak halau dari KKM pula,” katanya dalam nada berseloroh.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Persatuan Perubatan Biosimilar dan Generik Antarabangsa (IGBA) – Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Khairy sebelum ini telah mencadangkan penyediaan satu kertas putih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan reformasi sistem kesihatan negara dapat dibuat terutama dalam memastikan ia kalis masa depan.

Perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan sama ada wakil rakyat daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang.

Kertas Putih Kesihatan itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada November ini.

Ahad lalu, Menteri Kesihatan itu mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15, dengan menjelaskan beliau diminta ‘memberi laluan serta mencari tempat lain’ oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu bertanding di kerusi terbabit dan pada sama, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang membuat perolehan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi meningkatkan kadar vaksinasi itu dalam kalangan pelajar perempuan. Menurut beliau, perolehan itu dijangka dibuat hujung tahun ini dan pada awal tahun depan.

Katanya lagi, Malaysia agak ketinggalan disebabkan pandemik yang melanda bagi program vaksin HPV sekolah. “Berdasarkan data yang KKM ada pada 2020, seramai 209,279 iaitu 98.2 peratus pelajar perempuan Tingkatan 1, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin HPV dan seramai 206,042 atau 96.7 peratus sudah menerima dua dos vaksinasi dalam tahun berkenaan.

“Bagaimanapun pada 2021, hanya 34,933 atau 12.7 peratus pelajar perempuam Tingkatan 1 menerima dos pertama dan 31,708 atau 6.4 peratus menerima dos kedua,” katanya.

Khairy berkata, kadar liputan vaksin HPV yang menurun itu disebabkan kekurangan bekalan di peringkat global. “Kami sudah merancang untuk pastikan kami membuat perolehan vaksin yang mencukupi hujung tahun ini dan tahun depan,” katanya. MG

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker