Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9

Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9

Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) kembali dengan musim kesembilan menyaksikan 16 penyanyi handalan berentap merebut gelaran juara.

16 penyanyi yang bakal mempertaruhkan nasib kali ini terdiri dari enam penyanyi solo lelaki dan wanita serta sebuah kumpulan sebagai saingan.

Enam bintang solo lelaki membariskan Tomok, Bob Yusof, Roy Capella, Asheed Def Geb C dan dua peserta dari Singapura, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.

Penyanyi solo wanita yang turut menyahut cabaran bagi musim ini pula Jaclyn Victor, Dina Nazir, Shila Amzah, Pat Candy, Haida dan Tom Fara.

Musim terbaharu GV turut menyaksikan penyertaan daripada kumpulan popular VE yang dianggotai Zaf, Cham, Adeep dan Hakim, sekali gus melengkapkan 16 penyertaan secara keseluruhan.

GV9 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan 100 peratus markah daripada barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

GV9 kekal dihoskan pengacara musim terdahulu iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse yang kini sedang sarat mengandung.

Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV9 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. K Online

Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker