Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis

Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis

Polis akan menyiasat pendedahan seorang pelakon remaja perempuan mengenai sikap buruk bapanya yang dipaparkan dalam sebuah program di YouTube bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sehingga ini polis belum menerima sebarang laporan yang dibuat oleh pelakon remaja berkenaan berhubung perkara itu.



“Saya sendiri belum tengok video temu bual berkenaan dan hanya tahu mengenainya apabila ditanya pemberita.

“Namun begitu, kita akan semak video itu jika ada sebarang elemen jenayah. Jika ada, kita akan siasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan bapa kepada pelakon remaja perempuan membuat laporan polis susulan pendedahan anaknya dalam rakaman video berkenaan yang tular dalam media sosial.

Azmi dipetik berkata, lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, kelmarin.



Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun itu dijemput menjadi tetamu dalam satu program di YouTube itu bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini.

Dalam temu bual itu, pelakon terbabit mendedahkan turut mendedahkan sikap buruk bapanya selain mendakwa lelaki itu memperlakukan ibunya dengan teruk. BH

Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir



Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker