KJ bakal berhadapan dengan Anwar di Port Dickson?

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih merupakan aset kepada parti itu dan tidak mungkin digugurkan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, membazir untuk Umno tidak mencalonkan KJ, manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, parti itu akan mendapat persepsi negatif.

Azmi memberitahu FMT, KJ menunjukkan prestasi baik sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi, di mana beliau memikul tugas besar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dan kini menjadi menteri kesihatan.

“Walaupun beliau agak menyendiri, menentang Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), keseluruhannya beliau adalah aset Umno, khasnya dalam menarik pengundi neutral,” kata Azmi.

“KJ tidak lantang menentang kehendak presiden, berbanding individu lain seperti (Ahli Parlimen Ketereh dan bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa).”

Oh pula berkata, KJ menampilkan imej reformis yang amat diperlukan Umno, sesuatu yang sangat diperlukan untuk parti itu menarik sokongan pengundi atas pagar.

Tetapi, beliau mendapati KJ berpotensi menghadapi kesukaran kerana beliau tidak disenangi “puak arus perdana” dalam Umno.

Semalam, KJ dilaporkan berkata, beliau mungkin tidak bertanding dalam PRU15 selepas diminta “memberi laluan” kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan di kerusi Parlimen Rembau.

“Tak apa, senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” kata KJ yang merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal.

Azmi berkata, KJ boleh bertanding hampir mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan kerana beliau “boleh menyesuaikan diri secara semula jadi”.

Tetapi, Azmi dan Oh senada, kerusi seperti Seremban boleh memusnahkan kerjaya politiknya kerana beliau mungkin berdepan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang memenangi kerusi Parlimen itu sejak 2008.

Azmi berkata, KJ boleh bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, tetapi hanya jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak bertanding semula di sana.

Jika Anwar bertanding di kerusi lain, katanya, terdapat peluang baik untuk KJ merampas semula kerusi Port Dickson buat Umno.

Oh berkata, KJ berpeluang menang di banyak kerusi campuran kerana prestasinya sebagai menteri Kabinet sejak 2020 diterima baik kebanyakan rakyat Malaysia.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker