Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan

Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan

“Nasib tak menyebelahi saya. Kalau Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) ni, dah OK jalan rumah saya,” luah penyanyi popular era 90-an, Dayangku Intan mengenai masalah kerosakan jalan yang teruk di hadapan kediamannya di Seremban.

Ketika berkongsi luahan dalam video Instagram miliknya, beliau kesal kerana kerajaan Negeri Sembilan yang kini di bawah Pakatan Harapan (PH) didakwa tidak banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekeluarga itu.



Dayangku Intan menjelaskan, beliau telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri sejak 2016 dan usaha telah dimulakan oleh pentadbiran Mohamad yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.

“Masa saya minta bantuan, pemerintah ialah Tok Mat, saya minta bantuan memang cepat tapi nasib saya ni kurang baik.

“Tetapi anda ingat ya, saya pembangkang kepada kerajaan UMNO ketika itu tapi mereka datang ambil berat, ada mereka datang, lampu masuk ke dalam.

“Separuh jalan, orang dah datang tengok macam mana nak buat, nasib tak menyebelahi saya, berlaku pertukaran kerajaan,” katanya.



Untuk rekod, Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid pernah bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walau bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’ itu tewas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyandang kerusi tersebut.

Beliau mengundur diri dari politik pada 2015 dan keluar dari PKR tiga tahun kemudian.



Dayangku Intan amat kesal kerana jalan di hadapan rumahnya rosak teruk sehingga menyukarkan ambulans datang untuk mengambil suaminya, Rosman Yahil dan anaknya, Wanku Intan Syarafana ketika mereka sakit dahulu.

Katanya, walaupun suaminya kini beransur pulih dan anaknya telah meninggal dunia, jalan tersebut masih belum dibaik pulih.

“Bukan saya tak belanja, kalau ada rezeki saya tambah crusher run (batu pecah), banyak saudara mara dan sahabat yang bantu.

“Tetapi bila hujan lebat, rosak semula. Kerajaan patut ambil tahu keperitan rakyat, bukan saya seorang sahaja hadapi masalah ni, ramai lagi banjir, rumah masuk air.



“Yang saya ingat tanya khabar Zunar dan Kak Sham. Yang lain-lain tu tak ada,” katanya.

Beliau bersyukur kerana adik angkatnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin sentiasa mengambil berat tentang kebajikan keluarganya serta berusaha sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah jalan yang rosak teruk.

“Zool Amali cakap dengan saya, dia dah pergi, dah usaha segala usaha sedaya upaya, dia bukan YB di sini, dia pembangkang tapi saya tengok dia yang berusaha bila banjir, masalah COVID-19.

“Kalau ikutkan saya ni, yang menentang dulu, cakap macam-macam, buat apa dia nak peduli?” katanya.



Dayangku Intan menambah, beliau terpaksa menggunakan tayar lama yang dipotong bagi menutup jalan yang berlubang dan berlopak.

“Rumah saya ni macam zoo kot, orang datang nak tengok sahaja. Ada orang bijak pandai cadangkan saya tanam buluh, malas saya nak sebut YB mana,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dayangku Intan berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah jalan rosak yang dihadapi selama bertahun-tahun itu. MG

Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker