Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Resepi Keria Gula Melaka yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka.

Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resepi di bawah.



Untuk ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu:

Gula melaka,
Gula batu
Gula putih.

Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak:10 minit
Jumlah Hidangan:20 biji

Bahan-Bahan:



Bahan-bahan untuk doh keria:

800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:

1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula batu
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air



Cara-cara

Cara-cara untuk kuih keria:

Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan ‘potato masher’ untuk hancurkan keledek.
Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.

Cara-cara untuk salutan gula/sira:



Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
Sedia untuk digaul kuih keria

Tips:

Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.

Resepi Che Nom



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker