Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam

Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, Karen Cheah “akan mendengar” daripadanya berhubung kenyataan media yang dibuat presiden Badan Peguam Malaysia itu mengenai kelakuannya sebagai peguam utama dalam rayuan kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak.

Ini menyusuli sehari selepas Zaid Ibrahim dan dua rakan kongsinya berkata, mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Cheah jika beliau tidak menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf sebelum 2 Sept.

“Kenyataan media (Cheah) pada 19 Ogos menyerang saya dan pasukan undang-undang saya dengan sekeras-kerasnya, pendirian yang berniat jahat dan sangat berunsur fitnah.



“Beliau perlu menjelaskan kutukannya (terhadap saya) itu di mahkamah,” kata Hisyam dalam kenyataan ringkas.

Pada 25 Julai, Najib melantik firma guaman Zaid untuk menggantikan Shafee & Co sebagai peguam cara dalam rayuan terakhir SRC International di Mahkamah Persekutuan, dengan Hisyam dilantik sebagai peguam utama menggantikan Shafee Abdullah.

Selepas mahkamah tertinggi menolak beberapa permintaan masa tambahan untuk menyediakan rayuan itu, Najib melepaskan firma itu sebagai peguam cara serta Zaid, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavanam sebagai peguam bersama pada 18 Ogos.

Permintaan sama untuk melepaskan Hisyam sebagai peguam utama telah ditolak oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.



Terdahulu, Zaid dan dua rakan kongsinya mendakwa kenyataan Cheah mencadangkan bahawa peguam-peguam terbabit “bertindak secara tidak profesional”, “menyalahgunakan proses mahkamah”, serta menggunakan “strategi yang tidak berprinsip untuk menyeleweng sistem keadilan” dan “mencemarkan maruah profesion undang-undang”.

Mereka juga mendakwa kenyataan Cheah mencadangkan bahawa peguam-peguam itu “tidak profesional, tidak cekap dan tidak tahu peraturan amalan dan etika profesional”, serta “tidak kesal menyalahgunakan proses mahkamah”.

Tambah mereka, kenyataan tersebut turut mencadangkan bahawa tindakan peguam-peguam itu “secara terang-terangan menghina mahkamah” dan “tidak sesuai diamalkan oleh peguam bela dan peguam cara”. FMT

Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker