Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera

Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengaku adegan cium aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, babak itu dijayakan ketika belum menjadi hak milik suaminya, Dr Siew Jim.

“It’s real… Dan kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi. Tapi babak itu hanya begitu saja.

“Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan. Lagipun ketika adegan itu dibuat saya belum berkahwin dan Jay juga okey dengan babak terbabit,” katanya.

Menurut Lizzy, dia berharap lakonannya dalam filem itu dapat membuka mata penerbit tempatan untuk menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

“Saya juga berharap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi sebab mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu saya memang minat watak yang membabitkan aksi pertarungan.

“Saya juga bersedia untuk memasuki sebarang latihan intensif kerana saya memang nak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

“Walaupun saya mengalami lebam yang teruk sepanjang menjalani penggambaran filem ini, tapi tak pernah terdetik rasa putus asa sebaliknya saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan,” katanya.

Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Filem Abang Long Fadil 3 akan menemui penonton bermula 8 September ini dan akan mengadakan sesi jelajah dengan kehadiran barisan pelakon pada 9 hingga 11 September di Selatan dan 16-18 September sekitar Utara. HM

Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker