Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…

Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berpandangan konsert membabitkan artis antarabangsa masih boleh diadakan di tiga negeri ditadbir parti itu asalkan penghiburnya tidak membudayakan gaya hidup songsang.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pihaknya tidak menghalang jika sesebuah konsert itu tidak bercanggah dengan budaya tempatan.



“Jika melibatkan artis dipercayai mempromosi gaya hidup songsang, jawapannya ya,” kata Fadhli menjawab soalan FMT sama ada pihaknya akan turut membantah jika konsert antarabangsa dianjurkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS.

Pada 19 Ogos lalu, Fadhli secara terbuka membidas penganjuran bertalu-talu konsert mega yang didakwanya “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”.

Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Billie Eilish mengadakan konsert “Happier Than Ever, The World Tour” di Stadium Nasional Bukit Jalil malam sebelumnya.

Pemimpin PAS itu berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, menolak keras amalan songsang.



Beliau turut menggesa kerajaan membatalkan konsert antarabangsa kerana ia menggalakkan budaya hedonisme menular dan dilihat tidak bersesuaian serta bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.

Kritikan itu dibantah beberapa wakil rakyat DAP antaranya Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii yang menyifatkan PAS kini sudah tiada idea untuk ditawarkan kepada rakyat dan hanya mahu mewujudkan permusuhan dalam masyarakat majmuk.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula mencabar Pemuda PAS menganjurkan protes membantah rasuah di seluruh negara dengan memetik isu projek kapal tempur pesisir (LCS) berbanding isu penganjuran konsert artis antarabangsa. FMT

Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker