Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki

Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki

BANGKOK – Seorang gelandangan menjadi perhatian netizen apabila mengubah kaki lima sebuah jejambat pejalan kaki menjadi bilik tidurnya di wilayah tengah Thailand, Ayutthaya, lapor laman berita Thaiger, semalam.

Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna TikTok yang kemudian menyebabkan ‘kediaman’ tersebut dimusnahkan pihak berkuasa.

Bilik itu dilengkapi dengan katil yang diperbuat daripada bekas polisterin putih bersama bantal dan langsir untuk melindungi gelandangan tersebut daripada cahaya matahari.

Cawan plastik juga disediakan sebagai persiapan sekiranya ada orang ingin memberi wang kepada gelandangan itu untuk membeli makanan.

Sebilangan netizen yang tinggal berhampiran jejambat itu berkata, mereka berasa janggal kerana berasa seperti berjalan di dalam rumah seseorang.

Seorang pegawai dari Daerah Lebuhraya Ayutthaya, Thawat Changtham, memberitahu media bahawa pegawai polis memusnahkan ‘bilik’ itu bagi menyediakan ruang yang bersih dan selamat untuk pejalan kaki. K Online

Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker