Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah

PETALING JAYA: Peguam United Kingdom Jonathan Laidlaw, merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, bulan lalu, yang tidak membenarkan permohonannya mewakili Najib Razak di mana rayuan akhirnya sudah diputuskan.

Laidlaw memfailkan notis rayuan semalam, melalui peguam cara, Tetuan Shafee & Co.

Peguam Negara Idrus Harun, pendakwa raya bagi kes SRC, Badan Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur, yang membantah permohonan Laidlaw, sudah maklum.



Peguam Bastian Pius Vendargon, yang mewakili Badan Peguam, mengesahkan perkembangan terbaharu itu ketika dihubungi.

Tidak jelas mengapa Laidlaw mahu mengemukakan rayuan memandangkan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang dengan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, sudah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan dan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 21 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Kamal Md Shahid, memutuskan Laidlaw, yang juga Peguam Diraja (QC), tidak memenuhi syarat untuk diterima sebagai ad hoc seperti diperuntukkan dalam Akta Profesion Undang-undang.



Kamal berkata, Laidlaw tidak mempunyai kelayakan khas dan pengalaman yang tidak dimiliki peguam tempatan.

Hakim itu juga berkata, peguam negara ini mempunyai kemampuan mengendalikan kes membabitkan tuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib



Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker