Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah

Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah

Datuk Seri Najib Razak menunjukkan sikap yang berbeza dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana beliau tidak mengheret rakyat untuk bersimpati dengan kes mahkamah yang dihadapinya.

Peguam, Azam Aziz berkata, Anwar pula berjaya mendapatkan simpati rakyat yang mana ribuan orang turun memenuhi pekarangan mahkamah.

Beliau menambah, Anwar menggunakan 10 peguam terkenal secara serentak manakala Najib hanya menggunakan seorang peguam terkenal untuk membela dirinya.

“Anwar mendapat sokongan fizikal hampir keseluruhan pemimpin parti politik sedangkan Najib tidak kelihatan mendapat sokongan fizikal pemimpin parti politiknya.

“Pasukan media sosial Anwar sentiasa menerangkan isu pembelaan dalam bahasa mudah difahami awam manakala pasukan media sosial Najib sendiri tak faham apa pembelaan boss mereka,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Azam memberitahu, Anwar memainkan istilah konspirasi dan pendakwaan politik secara berkesan manakala Najib langsung tidak menggunakan istilah berkenaan.

“Anwar tidak kelihatan berseorangan menghadapi kes mahkamah manakala Najib dilihat berseorangan menghadapi segalanya,” jelasnya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Berhubung keputusan tersebut, Azam memberitahu, Najib mempunyai dua pilihan iaitu memohon semakan semula hukuman di Mahkamah Persekutuan atau mendapatkan pengampunan diraja selepas tiga bulan menjalani hukuman.

“Saya bersimpati dengan Najib tapi itulah takdirnya untuk beliau,” jelasnya. MG

Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker