Pergelangan tangan hancur, alat pemadam api meletup

Pergelangan tangan hancur, alat pemadam api meletup

JOHOR BAHRU: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja bengkel servis pemadam api, hancur selepas tabung alat pemadam api meletup di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan letupan alat pemadam api membabitkan mangsa, Ezwan Othman, 42, pada jam 4.39 petang.



“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian mendapati berlaku letupan tabung alat pemadam api debu kering ketika kerja ‘compress’ dilakukan dalam kawasan kilang.

“Kejadian itu membabitkan mangsa cedera apabila pergelangan tangannya hancur dan dia dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam sebelum PKO tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, adik mangsa, Ernalisa, 36, berkata abangnya kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Katanya, pergelangan tangan kanan abangnya itu mungkin dipotong kerana urat saraf rosak dan tidak dapat diselamatkan.



“Doktor memaklumkan jika pergelangan tangan itu boleh diselamatkan, ia akan disambungkan semula, tetapi jika sebaliknya ia akan akan dipotong.

“Terdapat juga kecederaan di bahagian perut mungkin akibat terkena serpihan alat pemadam api yang meletup. Abang akan menjalani pembedahan malam ini,” katanya ketika dihubungi. BH

Pergelangan tangan hancur, alat pemadam api meletup


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker