Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ petunjuk berat sebelah – Hisyam

Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ petunjuk berat sebelah – Hisyam

Peguam utama Najib Razak berhujah tindakan ketua hakim negara membenarkan penangguhan untuk “Walk of Justice” Badan Peguam menunjukkan Tengku Maimun Tuan Mat berat sebelah dalam rayuan SRC International Najib Razak.

Hisyam Teh Poh Teik berkata, penangguhan yang diberikan untuk acara itu, bagi menyokong hakim Nazlan Ghazali, yang mengetuai perbicaraan SRC International di Mahkamah Tinggi, menunjukkan Tengku Maimun mungkin tidak dapat meneliti permohonan baharu Najib supaya beliau menarik diri dengan fikiran terbuka.

Jun lalu, peguam mengundi menyokong resolusi Badan Peguam dalam mesyuarat agung luar biasanya bagi mengutuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Nazlan.

Pasukan pembelaan Najib sebelum ini memohon untuk mengemukakan keterangan baharu untuk rayuan SRC International beliau berhubung dakwaan konflik kepentingan Nazlan kerana pernah berkhidmat sebagai peguam dan ketua setiausaha Kumpulan Maybank.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak.

Hisyam turut berkata, Badan Peguam sendiri mengeluarkan pekeliling kepada ahlinya bagi memaklumkan ahlinya boleh memohon penangguhan kes mereka pada 17 Jun lalu.

Tetapi, Tengku Maimun tidak terpengaruh dengan hujah Hisyam.

Katanya, mahkamah biasanya akan membenarkan peguam menangguhkan kes mereka, jika mereka perlu menghadiri acara Badan Peguam, termasuk mesyuarat agung tahunan atau luar biasa pada hari bekerja.

Hisyam bagaimanapun mengesahkan jawapannya dengan berkata, Tengku Maimun mungkin tidak objektif dalam mengadili kes itu.

Terdahulu, pihak pembelaan memberitahu mahkamah bahawa Najib memfailkan permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan itu atas alasan suaminya, Zamani Ibrahim, mempunyai “sentimen negatif” terhadap kepimpinannya, yang dinyatakan dalam catatan Facebook selepas pilihan raya umum ke-14.

Tetapi, Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram berkata, permohonan untuk menarik diri itu ialah cubaan untuk menghalang perbicaraan.

Katanya, Najib tahu mengenai catatan Facebook itu sejak rayuan terakhirnya bermula minggu lalu, tetapi memilih untuk mendiamkan diri.

“Beliau boleh lakukannya (membuat bantahan), tetapi beliau tidak berbuat demikian.”

Hisyam kemudian meminta mahkamah membenarkan peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk membantunya dan berhujah permohonan Najib supaya Tengku Maimun menarik diri, tetapi ditolak Sithambaram dengan berkata “ini ialah mahkamah bukannya sarkas”.

Firoz memohon mahkamah memberi masa kepadanya untuk mendapatkan arahan Najib bagi berhujah, namun permohonannya ditolak Tengku Maimun.

“Tuan Haji (Hisyam) sudah membuat hujahan komprehensif,” kata Tengku Maimun sambil menambah mahkamah akan bersidang semula petang ini untuk menyampaikan keputusannya berhubung permohonan menarik diri. FMT

Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ petunjuk berat sebelah – Hisyam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker