Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas

Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas

Letupan kecil yang dilaporkan berlaku di Pavilion KL petang semalam, dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan bangunan mengenai satu “letupan melibatkan sistem pendawaian” pada 6 petang.

Kebakaran akibat litar pintas itu dapat dipadamkan segera dan keadaan dapat dikawal oleh pihak pengurusan pusat beli-belah itu.

Jurucakap itu berkata, mereka tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian terbabit.

Video kejadian itu tular di media sosial, termasuk video yang dirakam ketika “dentuman” itu berlaku. Anggota pasukan respons kecemasan kemudian bergegas memadamkan api ketika asap memenuhi pusat beli-belah itu.

Kebakaran itu dikatakan telah mengganggu acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 yang diadakan di pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya juga berkata, tiada laporan dibuat ketika berita ini ditulis.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker