Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]

Disebabkan berang dengan keadaan jalan itu yang tidak dibaiki pihak berkuasa, penduduk bertindak menanam pokok pisang di dalam kawasan lubang. – Instagram @kodil0127

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan sebatang jalan yang sana sini berlubang  telah ditanam dengan pokok pisang sebagai protes terhadap pihak berkuasa tempatan, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, jalan tersebut terletak di Kampung Sangiang, Banten, dalam wilayah Jawa Barat.

Jalan tersebut sering dilalui oleh penunggang motosikal dan pemandu kereta, namun permukaannya berlubang dengan amat teruk sekali.



Disebabkan berang dengan keadaan jalan yang tidak dibaiki oleh pihak berkuasa, penduduk bertindak menanam pokok pisang di dalam kawasan lubang.

Ada antaranya yang diikat bersama bendera negara Indonesia.

Berdasarkan maklumat, tanda protes itu dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 semalam.

Dengan tindakan tersebut, penduduk berharap agar jalan itu dapat dibaiki segara selepas rosak selama berbulan-bulan. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker