Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Guru berusia 33 tahun dari Tumpat, Kelantan menghilangkan diri sejak bulan lalu selepas dipercayai merogol dua pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Sebauh, Tatau, di Bintulu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Fatimah Abdullah, berkata laporan polis berhubung kejadian itu dibuat dua mangsa berusia 14 tahun itu masing-masing, pada 27 dan 29 Jul.



Katanya, susulan laporan terbabit, Kementerian Pendidikan bertindak membekukan gaji terbabit.

Beliau berkata, kes berkenaan juga sudah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” lapor Harian Metro.



Fatimah berkata, pihaknya juga sudah menjalankan tindakan susulan dengan memberikan sistem sokongan terhadap dua pelajar terbabit.

Ia termasuk bantuan perubatan dan khidmat psikologi bagi memastikan kesan kejadian itu tidak menjejaskan tumpuan dua mangsa terhadap pelajaran.

Sementara itu, Ketua Polis Bintulu Batholomew Umpit, dalam kenyataan, baru-baru ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304,” katanya. FMT

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung



Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker