Cukuplah… saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah

Cukuplah… saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah

Setia Alam: “Saya kini sudah sedar haram hukumnya mengubah ciptaan Allah jadi cukuplah setakat ini,” kata pemilik salun kecantikan dikenali Danny.

Danny, 35, adalah lelaki yang obses dengan kecantikan dan buktinya, dia sudah melakukan lebih 10 kali pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya membabitkan anggaran kos hampir RM300,000.



Antara bahagian wajah berkenaan termasuklah dagu yang membabitkan kos RM6,000, kelopak mata (sekali pembedahan dengan kos RM8,000) dan paling banyak dilakukan adalah hidung dengan tujuh kali pembedahan (kira-kira RM200,000).

Itu belum termasuk rawatan tanam benang (threadlifting) bernilai RM10,000 dan ‘crown’ gigi yang menelan belanja mencecah RM28,000.

“Kali pertama saya melakukan pembedahan kosmetik adalah pada 2006 iaitu berusia 19 tahun. Takut dan gementar itu ada, namun saya bekerja di salun dan dikelilingi orang cantik. Maka, memang ada keinginan nak jadi lebih cantik dan sempurna.

“Oleh kerana itu, saya beranikan diri buat pembedahan pertama pada bahagian dagu di sebuah klinik kecantikan di Kuala Lumpur dan gembira dengan hasilnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro dekat sebuah kafe, di sini.



Mengaku tidak puas dengan paras rupa yang ada, Danny lakukan lagi pembedahan kosmetik di bahagian hidungnya pada tahun yang sama (2006).

Katanya, dia juga sanggup bekerja keras dan mengumpul wang asalkan impiannya melakukan pembedahan kosmestik tercapai.

“Jika dikira kos dibelanjakan, memang boleh membeli sebuah rumah tetapi saya jenis manusia yang tamak dengan kecantikan ketika itu, jadi tidak fikir soal itu.

“Ikutkan emak menentang keras dan saya percaya tiada ibu yang menyokong anaknya mengubah ciptaan Allah. Adik beradik juga ada nasihatkan tetapi saya teruskan juga,” katanya.



Danny berkata, kesemua pembedahan dijalankan berjalan dengan baik malah dia gembira setiap kali melihat hasilnya.

Ditakdirkan, salah satu prosedur dijalankan pada tahun lalu mengakibatkan kecacatan pada hidung dan bertitik tolak daripada situ, timbul keinsafan dalam dirinya untuk berhenti mengubah bentuk wajah.

“Hasil pembedahan itu tidak seperti yang diharapkan dan akibat kecacatan dialami, saya mengalami kemurungan selama setahun enam bulan.

“Badan jadi gemuk, muka bertukar gelap dan saya jadi orang yang lain malah tidak aktif di laman sosial. Lebih menyedihkan apabila lima doktor pakar di lima hospital dekat Bangkok menolak untuk merawat saya kerana enggan mengambil risiko.



“Menangis juga saya ketika itu kerana memikirkan harapan untuk pulihkan hidung sudah musnah namun bernasib baik kerana ada pakar di Hospital Yanhee dekat Bangkok, Thailand sanggup membantu kerana kasihankan saya walaupun pada awalnya dia juga enggan lakukannya.

“Ia (pembedahan) menelan kos hampir RM30,000. Alhamdulillah, pembedahan pada Jun lalu berjaya malah doktor berkenaan juga tidak menyangka dia boleh lakukan dengan sempurna,” katanya.

Menurut Danny, dia sedar kesilapannya namun tidak kesal dengan apa yang dilalui kerana menganggapnya sebagai pengalaman mematangkannya dalam hidup.

“Sejak kecil lagi saya sukakan kecantikan dan kesempurnaan, jadi tidak kesal cuma sudah taubat serta enggan lakukan pembedahan kosmetik lagi.



“Cukuplah kini saya menjaga wajah dengan memakai produk kecantikan saja. Saya nasihatkan orang di luar sana, sebaiknya rujuk dan lakukan pembedahan dengan doktor bertauliah.

“Bagi yang sudah cantik pula, jangan buat (pembedahan kosmetik). Terima diri dan ciptaan Allah seadanya,” katanya. HM

Cukuplah… saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker