Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah

Hantu dikatakan berada amat hampir dengan manusia dan ramai orang tinggal bersama entiti itu untuk sepanjang kehidupan mereka.

LONDON – Seorang penyiasat fenomena paranormal mendakwa bahawa hampir semua rumah di dalam dunia  turut didiami oleh  hantu  yang berada di sisi tanpa disedari oleh manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengasas pertubuhan Veritas Paranormal, Rob Pyke mendakwa, hantu sebenarnya berada amat hampir dengan manusia dan ramai orang tinggal bersama entiti itu sepanjang kehidupan mereka.

“Sebanyak 90 peratus atau lebih ramai daripada kita mempunyai hantu yang tinggal di dalam rumah bersama-sama.

“Sama ada ia hanya merenung ke arah anda atau mahu menjelmakan diri,  terpulang kepadanya,” kata Pyke.

Selain itu, Pyke turut mendedahkan bahawa rumah lamanya dihuni oleh hantu bernama Arthur.

“Hantu bernama Arthur yang merupakan seorang pelombong ketika hidupnya tinggal di rumah lama kami.

“Kami sering terbau seperti asap tembakau dihembus dan apabila bau-bauan itu muncul, kami tahu ia berada di situ.

“Kami tinggal bersama di dalam rumah itu. Ia mungkin masih berada di situ,” kata Pyke.

Tambah Pyke, hantu kebiasaannya menghormati tetamu rumah dan tidak menakut-nakutkan orang.

“Sebagai memetik kata-kata ahli sejarah Richard Felix, jika hantu mempunyai pekerjaan untuk dibuat, ia tidak akan menakutkan orang.

“Ia akan meneruskan ‘kehidupannya’ dan tidak akan muncul di satu sudut secara tiba-tiba dan menakut-nakutkan anda,” ujarnya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker