Pak Long Jamil Sudah Tiada

Pak Long Jamil Sudah Tiada

Kuala Nerang: Bekas banduan yang pernah dijatuhi hukuman penjara paling lama, Jamil Ahmad, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Kechil, di sini, hari ini.

Allahyarham yang dikenali sebagai Pak Long Jamil pernah dipenjara 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari di Penjara Sungai Buloh, Selangor sebelum dibebaskan pada 30 Oktober 2006.



Untuk rekod, dia dan rakannya, Saleh Talib dibebaskan selepas mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api 1972 kerana melakukan kesalahan rompakan bersenjata api pada tahun 1976.

Katanya, kali terakhir dia dihubungi arwah bapanya malam tadi dan arwah memberitahu akan datang melawatnya di Pusat Tahfiz Futuhil U’lum di Jitra hari ini.

“Ayah beritahu dia hendak hantar duit belanja harian kepada saya lepas Zuhur hari ini tapi saya terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga yang ayah meninggal dunia hari ini.



“Namun kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jenazah dibawa ke Surau Kampung Sungai Kechil untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu pada jam 6 petang tadi.

Sementara itu, rakan baik arwah, Badri Yaacob, 53, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan impian arwah Jamil untuk mengadakan siri penjelajahan motivasi di sekolah-sekolah di sekitar daerah Padang Terap yang dijangka bulan depan.



Katanya, mereka sudah mengadakan perbincangan untuk melakukan kertas kerja bagi menjayakan program itu.

“Sebelum ini arwah banyak memberi motivasi kepada pelajar sekolah di sekitar Sungai Petani dan apabila pulang ke kampung di sini, dia banyak menerima jemputan di sekolah di daerah ini.

“Arwah banyak memberi pengajaran daripada kisah silam yang dilaluinya dulu sepanjang berada dalam penjara kepada anak-anak muda di sini.



“Malah arwah sangat disegani dan disanjungi di kampung ini malah penduduk di sini sangat hormat padanya,” katanya.HM

Pak Long Jamil Sudah Tiada

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker