Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit

Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit

Penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali menepis dakwaan timbulnya persengketaan antaranya dan Datuk Adi Putra selepas aktor terkenal itu memuat naik hantaran seakan merajuk dengan produksi dalam Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Mengakui terkejut perkongsian dibuat Adi, Abdul Rahman menafikan berlaku masalah komunikasi seperti dakwaan aktor terkenal itu.



“Saya mendapat tahu Adi memuat naik perkongsian menerusi seorang rakan. Setahu saya, kami tiada sebarang masalah dengannya, sama ada membabitkan soal hutang atau permintaan tidak ditunaikan.

“Saya ada menghubungi wakil yang selalu berurusan untuk Adi untuk bertanyakan soal ini, jawapan diberikan juga memang tiada apa-apa berlaku.

“Cuma, difahamkan kakitangan saya yang selalu berurusan dengan Adi ada mesyuarat hingga lewat malam. Disebabkan itulah, semua panggilan tidak berjawab.

“Jika itu menjadi puncanya, mungkin perkongsian dibuat Adi hanyalah tindakan spontan daripadanya,” katanya kepada BH Online.



Pun begitu, Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan isu ditimbulkan Adi berkaitan dengan urusan jemputan membabitkan golongan kenamaan sempena tayangan perdana filem Mat Kilau di Jakarta, Indonesia pada 31 Ogos ini.

“Saya agak perkara ini berkaitan dengan urusan menjemput golongan kenamaan untuk menghadiri tayangan perdana filem Mat Kilau di Jakarta.

“Kami bercadang mengundang Menteri Pertahanan dan beberapa orang kenamaan untuk menyaksikan filem ini.

“Adi memang membantu kami untuk urusan jemputan. Saya tak nafikan berlaku sedikit kelewatan, itupun bukan disengajakan kerana urusan jemputan perlu dibuat secara teliti dan mengikut protokol.



“Saya perlu merujuk kepada perunding di Jakarta sebelum jemputan dibuat. Namun, urusan ini sudah pun selesai dan surat sudah diserahkan kepadanya, petang semalam.

“Namun, semua ini hanyalah andaian saya sahaja. Ini kerana saya masih tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku,” luahnya.

Abdul Rahman bersedia menghubungi Adi jika usaha berkenaan dapat menjernihkan kembali keadaan.

“Jika ada keperluan atau tindakan boleh memperbetulkan keadaan, saya tiada masalah untuk menghubungi Adi.



“Tujuan ke Jakarta adalah membawa misi negara dan memberi hiburan bermanfaat kepada penonton.

“Kita mahu membawa semangat Mat Kilau seperti perpaduan, berlapang dada dan kesatuan ke Indonesia.

“Demi kepentingan nama negara dan industri, kita perlulah ketepikan segala rasa tidak puas hati.

“Saya tak mahu perkara ini dilihat sebagai satu konflik yang jelas kontra dengan misi yang dirancang,” ujarnya.



Terdahulu, hantaran Adi menarik perhatian ramai apabila membayangkan wujudnya masalah antaranya dan produksi, Kembara Studio Sdn Bhd hingga membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis tayangan perdana di Jakarta.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd, andai tidak cukup telefon bimbit kerana sukar nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu telefon agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

“Ini kerana saya memanfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke Kembara Studio. Insya-Allah, saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima Kasih,” tulisnya. BH

Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker