Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis

Tangkap layar video yang memaparkan seorang penagih dadah sedang khayal dalam tandas pondok polis. – Thaiger

Gara-gara ‘lalok’, seorang penagih dadah di Thailand berani mengambil bahan terlarang itu dalam tandas di sebuah pondok polis, lapor laman berita Thaiger, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Tung Kru, Bangkok, seorang sukarelawan khidmat masyarakat merakam perbuatan penagih dadah tersebut yang tidak berasa malu untuk khayal di premis polis.

“Adakah anda cuba mencabar kuasa polis dengan melakukan perbuatan seperti ini?

“Polis sudah berulang kali menahan dan membebaskan penagih ini namun tiada jalan penyelesaian lain. Siapa yang tahu apa perlu dibuat untuk individu seperti ini?” demikian menurut keterangan video.



Penguasa Balai Polis Tung Kru, Ananchai Kamonrat berkata, pondok itu milik Balai Polis Tung Kru serta menambah, tandas tersebut akan ditutup kepada orang ramai mulai sekarang bagi mengelak sebarang senario serupa pada masa hadapan.

Penagih dadah itu dilaporkan seorang gelandangan yang digelar ‘Sniper’ oleh penduduk setempat.

Tiada laporan yang menyatakan sama ada penagih dadah itu ditahan atau ditawarkan sebarang bantuan rawatan dadah. – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi



Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker