Lelaki mengamuk dakwa kuliah Subuh bising

Lelaki mengamuk dakwa kuliah Subuh bising

Ampang Jaya: Kuliah Subuh yang dikatakan terlalu bising menyebabkan seorang lelaki bertindak mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran di sini, dalam kejadian pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengerusi surau berkenaan.

“Ketika kuliah Subuh berlangsung, seorang lelaki tempatan yang tidak kenali terus menuju ke arah penceramah lalu menarik mikrofon dan menjerit menyatakan kuliah itu terlalu bising hingga mengganggunya.



“Jemaah surau juga bertindak menghalangnya dan meminta dia meninggalkan surau terbabit dengan cara baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penjaga stor di Jalan Ikan Emas Mesra di sini, pada 7 petang semalam.

“Semakan dilakukan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod bagi kesalahan dadah dan ugutan jenayah.

“Lelaki itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 12 Ogos nanti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956 atas kesalahan kelakuan aib,” katanya.



Beliau memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perbuatan mengganggu yang boleh memecahkan keamanan masyarakat. HM

Lelaki mengamuk dakwa kuliah Subuh bising


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker