‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Rusdian tidak kisah meskipun ramai yang mendakwa suaminya kelihatan seperti anaknya. – TikTok @Rusdian186

Seorang wanita yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan suami   berusia 24 tahun lebih muda daripadanya, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, wanita bernama Rusdian itu berkongsi  gambar majlis perkahwinan mereka yang berlangsung secara sederhana serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

“1967 dan 1991. Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan suami,” tulis keterangan pada klip video tersebut.

Menurut Rusdian, dia kini tinggal di Malaysia selepas berkahwin dengan suaminya, Yoga pada 10 Julai lalu.



Dia juga banyak menerima komen negatif daripada netizen dalam akaun TikTok miliknya.

“Banyak orang mengambil video saya tanpa kebenaran. Video kami telah berada di YouTube selain banyak berita mengenai kami tersebar di internet,” katanya.

Tambah wanita berusia 55 tahun itu, terdapat juga netizen yang menyoal mengenai status dirinya pada ruangan komen.

“Saya ialah seorang janda anak tiga. Memang betul Yoga ialah suami saya, apa yang dihairankan? Terpulang kepada anda semua mahu fikirkan apa sahaja, yang penting saya bukan perampas suami orang,” ujarnya.



Tambah Rusdian, meskipun ramai yang mendakwa bahawa suaminya kelihatan seperti anaknya, dia tidak kisah akan tanggapan negatif itu sebaliknya bahagia bersama Yoga.

“Suami membimbing saya walaupun dia masih muda dan menjalankan tanggungjawab  dengan baik,” katanya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh



Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker