Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin

Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Umno, bukan Bersatu yang disifatkan sebagai ‘parti kecil’ dan hanya bergantung kekuatan orang lain, kata seorang bekas pemimpin parti itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali berkata, strategi PAS meletakkan kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan.

“Strategi yang digunakan sekarang ini ialah meletakkan Bersatu sebagai tonggak untuk dibuat muafakat (Muafakat Nasional) sedangkan yang sepatutnya dengan Umno.

“Saya yakin sekiranya presiden PAS mempertahankan hubu­ngan dengan Umno, Bersatu pasti menurut kerana Bersatu parti kecil, dia bergantung kepada PAS.

“Itu hak tok guru (Hadi) sebagai presiden, saya berbeza dengan beliau dan dalam bab ini saya yakin bahawa strateginya tidak menguntungkan PAS,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata kejayaan memperbaiki hubungan dengan Umno yang sudah lama berseteru dengan PAS sepatutnya dimanfaatkan Hadi dan dipertahankan bagi membentuk gabungan lebih kuat.

“Bersatu parti kecil, dia bergantung kepada PAS, (sepatutnya) PAS menentukan. Pertembungan lama yang panjang dengan Umno bukan dengan Bersatu. Bila kita berjaya redakan dengan MN (Muafakat Nasional) ia mesti disambung, peluang dengan Umno bukan Bersatu.

“Tetapi itu pandangan saya, mungkin saya salah sebab saya seorang (berani bersuara), barangkali tok guru betul. Tetapi saya yakin saya betul,” katanya yang keluar PAS pada 14 Mac susulan pemecatannya sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat.

Bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi itu turut mendedahkan, ada pemimpin parti turut menyuarakan sentimen sama berhubung kerjasama PAS dengan Bersatu, namun ramai memilih untuk bercakap ‘di belakang’ sahaja.

Berbeza dengan dirinya, Khairuddin berkata hanya beliau terkedepan untuk membawa isu itu sehingga dirinya keluar daripada PAS.

“Ada lagi lantang tetapi saya tak nak sebut nama, tetapi boleh lihat sendiri siapa yang bercakap dan ramai lagi bercakap…tetapi itu normal dalam parti.

“Mereka bercakap sebagai ahli parti secara dalaman dan bila buat keputusan mereka akur dengan keputusan parti, bila parti nak kepada Bersatu itu hak parti. Saya tak setuju, saya keluar dengan baik. Itu sahaja,” katanya. FMT

Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker