Elyana kesal komen biadap netizen
Elyana kesal komen biadap netizen
Penyanyi Elyana, 35, terkilan dengan sikap segelintir netizen yang dikatakan biadab kerana asyik mengungkit berkaitan penyakit kanser limfoma dihidapinya sebelum ini dan doa-doa yang dipohon mereka kepada Allah SWT buatnya.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal ketika dihubungi berkata, dia lebih kesal lagi apabila ada juga netizen yang mendakwanya cuba meraih simpati selain mencari publisiti murahan dengan penyakitnya itu.
“Saya dah mula dapat komen-komen biadap sebegini di media sosial sejak membuat pendedahan mengenai kanser dihidapi pada 2017 lalu. Namun, keadaan menjadi teruk lagi apabila saya memaklumkan pula, akhirnya pulih daripada kanser pada awal Disember 2021.
“Selama ini, saya berdiam saja sebab malas nak layan. Tapi, tahap kesabaran saya ada hadnya dan rasa tak boleh berdiam diri lagi sebab mereka (netizen) asyik mengungkit mengenai penyakit saya, termasuklah ‘peluang kedua’ dan doa-doa yang dipohon kepada Allah buat saya.
“Jika ikhlas doakan saya, tidak sepatutnya terus mengungkit. Saya sedar diri ini bukanlah individu yang baik, tapi perihal sakit dialami seseorang bukan perkara main-main. Saya jadi amat geram, apabila asyik kena ‘provoke’ dengan masalah penyakit kanser dialami itu,” katanya yang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat lebih 10 tahun.
Elyana berkata, memang tidak salah untuk memberi teguran dan semua orang boleh menegur untuk sesuatu perkara itu.
Namun, katanya, berikanlah kata-kata yang baik dengan adab yang betul kerana sebagai manusia, dia juga ada perasaan.
“Tapi, tak apalah. Saya percaya, mungkin mereka belum pernah merasa, apa yang saya dah rasa itu. Jadi, semua orang boleh bercakap sebelum mereka merasa benda ini (kanser). Nanti, bila sendiri dah merasa, barulah masing-masing faham keadaan sebenarnya,” katanya.
Ibu dua anak ini berkata, bagi mereka yang masih dianugerahkan Allah dengan tahap kesihatan yang baik seharusnya bersyukur dan lebih menjaga diri sendiri.
Katanya, bila diduga dengan sakit, ia sangat memerlukan kita bersedia dari segi mental dan fizikal yang kuat.
Seiring perkembangan digital, Elyana memaklumkan dia kini membuka saluran YouTube sendiri, Aku Elyana yang menjadi platform untuknya berkongsi kisah perjalanan hidup dari mula disahkan menghidap kanser sehingga menjadi ‘pejuang’ kanser.
Katanya, sebanyak lapan episod suka duka kehidupan dilalui sepanjang pertarungan itu akan dikongsikan kepada penonton.
Katanya, ada banyak perkara sedih serta menyakitkan yang terjadi dan kisah itu akan dikongsikan sepenuhnya di YouTube saja.
Elyana menerusi Instagram Story berkongsi beberapa hantaran komen biadap netizen kepadanya.
Katanya, dia amat terkilan dengan komen sebegitu yang disifatkan kasar dan melampau dengan perkataan digunakan.
Terdahulu, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 12, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun. HM
Elyana kesal komen biadap netizen
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup