Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’

Pada 2011, Putrajaya meluluskan permintaan tentera laut untuk enam dalam pemerolehan kapal tempur pesisir atau Littoral Combatant Ship (LCS) dan memberikan kontrak itu kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

BNS dimiliki oleh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC). Antara pemegang saham terbesar BHIC ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sebuah badan berkanun yang menguruskan dana pencen untuk anggota tentera. Semua bukan pegawai dikehendaki menyumbang kepada tabung ini.

BNS berpangkalan di Lumut, Perak, yang juga menempatkan pangkalan tentera laut.



Putrajaya membuat perjanjian itu pada 2011. Pada masa itu, Ahmad Zahid Hamidi ialah menteri pertahanan, manakala Najib Razak memegang jawatan perdana menteri dan menteri kewangan.

Kontrak itu telah diberikan secara terus kepada BNS tanpa tender terbuka. Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Okt 2013 dan akan tamat pada 2 Okt 2023.

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019. Menurut laporan PAC, kapal itu hanya 44 peratus siap.

Setakat ini, RM6.083 bilion (66 peratus) daripada dana yang diperuntukkan telah dikeluarkan. Sebahagian daripada pembayaran ini lebih awal dari jadual.



Pada 2019, pentadbiran Pakatan Harapan menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), dipengerusikan oleh bekas ketua audit negara Ambrin Buang. Laporan jawatankuasa itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 1 Dis 2020.

PAC telah memutuskan pada tahun 2020 untuk membincangkan laporan Jabatan Audit Negara bagi menentukan sama ada perolehan dilakukan dengan betul atau tidak serta jika objektif utama projek itu tercapai.

Antara lain, PAC memanggil bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein untuk memberi keterangan.

JKSTUPKK menetapkan bahawa LCS adalah berdasarkan model yang tidak dipilih oleh tentera laut, walaupun ia adalah pengguna akhir.



Timbalan Ketua Sekretariat JKSTUPKK Guna Arulalan David memberi keterangan bahawa tentera laut mahukan kapal kelas Sigma yang direka oleh Damen Schelde Naval Shipbuilding Belanda.

Teguran panglima TLDM tak diendah

Kemudian Zahid selaku menteri pertahanan ketika itu memberi lampu hijau pada 26 Mei 2011.

Bagaimanapun, dalam tempoh kurang dua bulan, Zahid mengubah fikirannya dan sebaliknya mengikut saranan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk menggunakan reka bentuk kelas Gowind yang dimiliki oleh firma Naval Group dari Perancis.



Naval Group juga merupakan kontraktor Malaysia untuk dua kapal selam kelas Scorpene pada 2002, satu perjanjian yang kini tertakluk kepada siasatan rasmi oleh pihak berkuasa Perancis.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

“Sebenarnya TLDM tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malahan kita juga dapati ada surat daripada Panglima Tentera Laut pada masa itu yang menyatakan dengan jelas, I quote, “tidak pernah berlaku pemilihan reka bentuk yang ditentukan oleh kontraktor utama dan bukannya oleh pihak pengguna”.

“Ini adalah ayat daripada surat yang dikemukakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar pada masa itu,” kata Guna dalam keterangannya kepada PAC.



Apabila Zahid dipanggil untuk memberi keterangan, dia menafikan bertanggungjawab terhadap pertukaran reka bentuk dan sebaliknya meletakkan kesalahan kepada BNS dan Naval Group.

“Jika Panglima Tentera Laut ketika itu mengatakan ini keputusan menteri, saya ingin menyanggah bahawa Menteri tidak ada latar belakang architecture dalam naval…

“Jadi, perkara (memilih reka bentuk) ini adalah perkara di bawah tanggungjawab pihak BNS dengan France’s Naval Group tadi.

“Tidak ada campur tangan daripada menteri dalam penentuan reka bentuk. Ini kerana penentuan reka bentuk tersebut adalah semata-mata bergantung dan terletak dalam bidang kuasa kontraktor yang terlibat.



“Tidak kena mengena dengan pihak kementerian sendiri dan pihak menteri. Kita bersetuju mengikut cadangan itu kerana end user tahu apakah reka bentuk yang perlu untuk perairan Malaysia iaitu Sigma ataupun Gowind,” kata Zahid.

Beberapa ahli PAC menyoal kenyataan Zahid, yang kelihatan seolah mengaitkan kontraktor dengan pengguna akhir.

Nurul Izzah Anwar (Pakatan Harapan – Permatang Pauh): “Maksudnya daripada apa yang disebut surat BNS itu juga mewakili end-user?”

Zahid: “Pengerusi Eksekutif BNS adalah juga bekas panglima Tentera Laut. Dia sangat mengetahui tentang keperluan kepada end-user.

“Jadi di dalam hal ini, pada hemat saya, pengerusi ketika itu yang mempunyai latar belakang yang terlalu luas di dalam bidang kelautan dan keperluan perairan di sini, setelah mendapat pandangan daripada end-user tentunya mencadangkan supaya perubahan reka bentuk itu dibuat.

“Jadi, saya ingin ulang sekali lagi bahawa pihak kementerian, menteri, KSU dan lain-lain (kakitangan kementerian) mengikut apa yang telah dicadangkan oleh pihak end-user.”

Bagaimanapun, peranan Kementerian Pertahanan dalam menukar reka bentuk kelas Sigma kepada reka bentuk kelas Gowind tidak dipertikaikan berdasarkan keterangan pelbagai pegawai kerajaan.

Sebagai contoh, Setiausaha Kementerian Pertahanan (Bahagian Perolehan) Ahmad Husaini Abdul Rahman mengesahkan bahawa kementeriannyalah yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencadangkan reka bentuk kelas Gowind untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Pengerusi PAC: So, MinDef yang cadangkan reka bentuk Gowind…

Ahmad Husaini Abdul Rahman: MinDef cadangkan.

Pengerusi: …kepada MOF dan di endorsed oleh MOF lah?

Ahmad Husaini: MOF. Yup, yup.

Pengerusi: Okey. Keputusan sememangnya dibuat oleh MinDef. Jelas.

Ahmad Husaini: MinDef.

Laksamana Abdul Aziz ketika itu panglima TLDM merupakan antara orang penting dalam pemerolehan enam LCS itu tetapi berkata tegurannya tidak diendahkan.

“Kami mengarkibkan (bantahan ini) untuk memastikan ia tersedia untuk rujukan, dan saya tidak akan dipersalahkan atas kegagalan melaksanakan tugas saya sebagai Panglima Tentera Laut.

“Saya anticipated that (telah memikirkan terlebih dahulu masalah yang mungkin timbul), in fact, untuk makluman.

‘Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, “Something is gravely wrong”. (Ada sesuatu yang sangat tidak kena)

So, saya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me.

“Saya buat analogi bahawa keadaan ini adalah satu yang pelik kerana perolehan dilakukan oleh Kerajaan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai pengguna, tetapi kuasa sepenuhnya diberi kepada BNS,” kata Abdul Aziz.

Di sebalik semua surat dan pembentangan peribadi kepada ketua setiausaha negara, menteri pertahanan dan perdana menteri Najib Razak ketika itu, kata bekas panglima TLDM itu dia sedar dirinya bertarung dalam kekalahan.

Abdul Aziz menyifatkan BNS sebagai “angkuh” dan “mereka sangat dilindungi”. Oleh itu, kata bekas panglima TLDM itu surat-menyuratnya tidak akan bermakna apa-apa melainkan sebagai rekod bantahan.

Menurut Abdul Aziz, BNS, bukan kementerian pertahanan, memaklumkan kepada TLDM bahawa projek itu akan mengikut reka bentuk kelas Gowind.

Abdul Aziz berkata ini tidak boleh diterima kerana, pada masa itu, reka bentuk kelas Gowind belum lagi terbukti, sedangkan kelas Sigma sudah beroperasi di Indonesia dan Maghribi.

Kedua, Abdul Aziz berkata kapal itu tidak cukup besar untuk kegunaan yang menjadi matlamatnya.

Akhirnya, Abdul Aziz menjelaskan kelas Gowind ditetapkan sebagai “kenderaan peronda” manakala kelas Sigma pula adalah “kapal tempur”.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker