‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri

‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri

KUALA LUMPUR: “Saya nak jumpa tuhan.”

Itu kata-kata terakhir seorang lelaki warga Myanmar kepada isterinya menerusi perbualan telefon sebelum bertindak mencampak tiga anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong, di sini pada Selasa.

etua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, perkara itu didedahkan isteri lelaki itu yang juga rakyat Myanmar dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ketika diambil keterangan.

Beliau memberitahu, dalam keterangannya, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, suaminya mengalami masalah mental sejak setahun yang lalu, selepas menghidap COVID-19.

Menurutnya lagi, lelaki yang tidak bekerja dan hanya menjaga tiga anak mereka di rumah itu sering termenung dan bercakap bersendirian.

“Berdasarkan keterangan, wanita yang bekerja sebagai pembantu restoran itu memaklumkan dia mendapati suami dan tiga anaknya tiada di rumah ketika dia pulang bekerja kira-kira pukul 10 malam, Isnin.

“Wanita itu cuba menghubungi suaminya beberapa kali namun gagal sehingga lelaki itu menghubungi kira-kira pukul 5 pagi hari kejadian dan memaklumkan dia (lelaki itu) ingin berjumpa Tuhan sebelum mematikan telefon pintarnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Eng Lai menambah, wanita itu pernah membawa suaminya ke klinik swasta untuk mendapat rawatan susulan penyakitnya itu namun tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, seorang lagi anak perempuan berusia lapan tahun yang terselamat dalam kejadian itu masih lagi mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang, di sini dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, seorang warga asing dipercayai Myanmar mencampak tiga anaknya dari MRR2 di Kepong sehingga menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terbunuh manakala seorang cedera parah.

Lelaki itu turut maut selepas terjatuh dari lokasi yang sama, dipercayai pada ketinggian kira-kira 20 meter.AA

‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker