Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2

Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2

Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar mencampak tiga kanak-kanak sebelum terjun dari lebuh raya, pagi tadi.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, berkata lelaki itu mencampak dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sebelum dia sendiri terjun dari Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).



Katanya, lelaki berumur 38 tahun itu bersama dua lagi kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak parah dan dibawa ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, mayat yang ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat.

“Menurut saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar tersebut didapati berjalan sambil menggendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya pada 5.50 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai tampil memberikan maklumat bagi tujuan siasatan.



Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03 7627 2929 pada bila-bila masa. FMT

Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]



Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker