Penganggur maut ditetak ketika menjamu selera

Penganggur maut ditetak ketika menjamu selera

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur diserang sekumpulan lelaki bertopeng ketika dia bersama dua rakannya sedang menjamu selera di sebuah restoran di kawasan Taman Tampoi Indah, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan dibahagian kepala, tangan kaki dan seluruh badan setelah ditetak empat lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.10 malam.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang tidak bekerja sedang makan bersama dua rakannya sebelum diserang empat lelaki memakai topeng muka bersenjatakan parang.

“Mangsa kemudian ditetak dan akibat kejadian tersebut, mangsa cedera parah di bahagian kepala, tangan, kaki dan seluruh badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rupiah berkata, sejurus kejadian mangsa dibawa ke Hospital Pakar Puteri, di sini untuk mendapat rawatan namun pegawai kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, di sini untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna putih dengan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superitendan Zawanah Raimim Mokhtar 012-7744544,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan. K Online

Penganggur maut ditetak ketika menjamu selera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker