Mat Tudung kembali beraksi

Mat Tudung kembali beraksi

Selepas lapan tahun, filem komedi yang popular pada 2014, Mat Tudung yang menyaksikan Datuk Fizz Fairuz melakonkan dua watak berbeza jantina, diterbitkan semula dengan versi baharu.

Diberi judul Mat Tudung Begin, kali ini, Fizz bukan sekadar berlakon, malah bertindak sebagai penerbit dan pengarah filem yang dianggarkan membabitkan kos RM800,000 itu.

Fizz menganggap Mat Tudung Begin sebagai ‘baby project’ pertamanya bagi memenuhi permintaan peminat yang mahu melihat dia beraksi semula.

“Projek ini mendapat sokongan Presiden KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim. Projek ini mendapat lampu hijau dan keizinan mereka.

“Niat saya tampil dengan versi baharu ini atas permintaan peminat yang menanti apa kesudahan kisah Mat Tudung. Semangat untuk mengarahkan filem ini juga didorong mereka.

“Kali ini, penceritaan banyak kepada asal usul bagaimana watak Johari menjadi ‘mat tudung’ termasuk siapa dalang dalam cerita berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, filem Mat Tudung diterbitkan anak syarikat KRU Production, Showbiz dan diarahkan Wan Hafiz. Filem itu menampilkan Fizz sebagai Johari dan Johanna selain Nelydia Senrose sebagai heroin.

Untuk versi baharu, Mat Tudung Begin diarahkan Fizz dan diterbitkan Syarikat Rainmakercreation Sdn Bhd miliknya sejak 2014.

Fizz yang pernah merangkul trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 berkata, filem Mat Tudung Begin dijangka ditayangkan di pawagam akhir tahun ini atau awal 2023.

“Penggambaran bermula dari 15 Mei hingga 29 Mei lalu di Genting Highlands termasuk Hotel Geo Park. Kira-kira 90 peratus berlatarkan lokasi peranginan tanah tinggi itu.

“Selebihnya dilakukan di ibu negara termasuk premis Al Ikhsan di sebuah pusat beli-belah. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang ada sambungan Mat Tudung seterusnya.

“Namun, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.

Melalui filem Mat Tudung Begin, Fizz yang berasal dari Pahang, menggunakan khidmat pempengaruh dan pelawak terkenal Indonesia, Mimi Peri.

“Selain itu, saya tampilkan Isyariana, Achey, Mariam Kimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud, Acong Sweetchild, Izzue Islam, Jiggy Masin dan ramai lagi.

“Mimi diundang atas paksi persahabatan kami yang terjalin rapat melalui Instagram (IG). Dia berlakon dalam 30 peratus babak filem ini.

“Namun, babaknya dirakam di Sumatera, Indonesia oleh pasukan produksi di sana,” katanya.

Fizz menambah, fenomena filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang meraih kutipan lebih RM90 juta mendorongnya muncul dengan filem Mat Tudung Begin.

“Seronok lihat kerancakan sektor industri kreatif melalui filem hingga menyemarakkan semula pawagam. Mana tahu, filem Mat Tudung Begin juga boleh pergi jauh… Insya-Allah,” katanya. BH

Mat Tudung kembali beraksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker