Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]

PETALING JAYA: Seorang lelaki berlagak samseng yang mengugut seorang peniaga wanita dalam kejadian di Parit Raja, Batu Pahat, Johor ditahan polis Selasa lalu.

Sejak semalam, tular video memaparkan lelaki terbabit memarahi peniaga wanita itu dengan mendakwa dia meniaga di “kawasan” miliknya.

Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu peniaga wanita berkenaan.



Beliau berkata, siasatan mendapati suspek yang juga peniaga tidak berpuas hati kerana wanita itu menjaja di kawasan sama.

Katanya, pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama tiga anaknya berusia 12 hingga 17 tahun.

“Pengadu yang juga seorang wanita bersama anaknya menunggang motosikal menjual buah potong dari satu kedai ke satu kedai lain pada waktu malam.



“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajaannya sehingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya dengan cara kasar agar tidak mengganggu kawasan perniagaan suspek,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, susulan laporan dibuat pengadu pada 25 Julai lalu, pihaknya menahan dan menyoal siasat suspek berusia 37 tahun, iaitu peniaga buah potong dan minuman.

“Suspek mengaku memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker