Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Penyokong kesihatan reproduktif memuji demonstrasi yang dilihat memaparkan pelajar diajar cara menggunakan kondom pada patung.

Demonstrasi itu yang dirakam menerusi video TikTok dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Sarawak.



Dalam klip video singkat itu, sekumpulan pelajar lelaki memerhati rakan sekelas mereka ditunjukkan cara memakaikan kondom pada patung berkenaan oleh seorang guru.

FMT sudah menghubungi Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan penjelasan sama ada demonstrasi sedemikian merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran, tetapi belum menerima maklum balas.

Pendidikan seks berada dalam sukatan pelajaran sekolah untuk pendidikan kesihatan dan sosial, tetapi bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching berkata, beliau tidak pasti ada ada demonstrasi seperti itu dibenarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif, Harry Dinesh berkata, penggunaan patung dapat membantu memberi pemahaman baik kepada pelajar berhubung cara menggunakan kondom.



Tetapi, katanya, penting untuk mempunyai modul komprehensif dan program kesedaran untuk pelajar memahami subjek itu.

“Pendidikan seks perlu didekati dari perspektif lebih luas, di mana pelajar perlu diajar seks selamat dapat mencegah penyakit, mengelak kehamilan tidak diingini dan mengurangkan kes pembuangan bayi.”

Demonstrasi seperti ini berguna untuk pelajar, kata Rabiathul Badariah Bazeer Ahmad dari Persatuan Kesihatan Reproduktif Keluarga Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, aktiviti seperti itu dapat membuka jalan dalam kalangan remaja untuk membincangkan topik sensitif dengan lebih lanjut, selain membantu guru menjalin hubungan baik dengan pelajar serta menjelaskan isu seperti itu dengan lebih baik.



Rabiathul berkata, jelas remaja bawah 18 tahun memang aktif secara seksual dan membaiki pendidikan seks di sekolah dapat membantu mereka mengelakkan akibat yang tidak dijangka.

Menurut data Kementerian Kesihatan, Malaysia melaporkan 28 kehamilan remaja setiap hari antara 2017 hingga 2021, dengan purata 100 bayi dibuang setiap tahun.

Teo berkata, pakar diperlukan untuk melatih guru mengajar subjek berkenaan dengan betul.

“Kanak-kanak dengan mudah belajar semua ini dari internet. Jadi, lebih baik kita ajar mereka di sekolah, di mana mereka dibimbing guru dan kita boleh memastikan kandungannya profesional serta tepat.”



Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page), Noor Azimah Abdul Rahim berkata: “Walaupun ia kelihatan menggelikan hati, guru tetap bertanggungjawab memastikan subjek itu diajar dengan betul tanpa melanggar sempadan.

“Tetapi, kami tidak membenarkan bentuk demonstrasi seperti itu.” FMT

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen



Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker