Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis

Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis

Menukar logo Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan berhasil kerana pengundi hari ini lebih bijak daripada apa yang difikirkan oleh ahli politik mengenai mereka, kata dua penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata PN memandang rendah tahap kebijaksanaan dan kematangan pengundi dengan mengambil jalan itu terutamanya ketika menjelangnya PRU.



“Ia tidak akan membawa banyak perbezaan kerana pengundi kita cukup matang dan bijak untuk mengetahui bahawa menukar logo hanyalah memberi wajah baharu manakala segala-gala di dalamnya hampir sama.

“Memiliki logo baharu tidak akan mengubah apa-apa kecuali sedikit faktor ‘feel-good’. Jika kepimpinan, strategi dan aura parti dalam gabungan itu masih sama, ia tidak akan membawa sebarang perbezaan besar,” katanya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk menggunakan logo baharu PN pada PRU15.

Hadi berkata, perubahan itu tidak akan mengubah agenda parti Islam iaitu perpaduan ummah, dan kerjasamanya dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN).



Azmi berkata, pemimpin PN bertindak demikian kerana prestasi buruk gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini dan oleh itu, ia memerlukan “kambing hitam”, yang mana mereka dengan mudah memilih logo.

“Saya jangka Bersatu akan peka dengan sentimen pemimpin dan ahli PAS kerana lambang bulan dan warna hijau adalah jiwa parti Islam itu. Saya pasti anda akan menemui bulan di suatu tempat dalam logo dengan latar belakang hijau.

“Apa saja yang mereka lakukan, ia tidak akan membawa banyak perubahan kerana intipati parti dalam gabungan itu akan sama,” katanya.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM), berkata biarpun pertukaran logo tidak banyak memberi kesan terhadap PN, ia mungkin menyebabkan PAS kehilangan beberapa kerusi kerana penyokong tegarnya tidak boleh menerima perubahan mendadak itu, khususnya ketika PRU15 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.



“Hanya logo sahaja baharu tetapi wajah lama masih menjadi calon pada PRU15. Ia akan menjadi sangat sukar bagi PAS kerana parti itu sinonim dengan bulan dan bendera berwarna hijau sejak 50 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kemunduran itu akan dirasai kebanyakannya di negeri-negeri Pantai Timur dan kawasan luar bandar dan separa bandar di negeri-negeri lain di mana PAS mendapat sokongan yang baik. FMT

Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami



Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker