Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat

Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat

Kulim: Baru berkenalan tak sampai 24 jam, seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di daerah ini, malam tadi.

Pasangan itu dipercayai berkenalan melalui aplikasi media sosial sebelum dicekup khalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 10.15 malam.



Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu ditemukan bersembunyi di bawah katil untuk mengelak dicekup pihak berkuasa, namun gagal.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai datang dari Perak kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan terutama di kawasan hotel yang disyaki menjadi tumpuan pasangan yang tiada ikatan suami isteri atau mahram untuk menyewa di daerah itu untuk membanteras kegiatan maksiat. HM

Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker