Pendirian Pas berhubung MN, PN sudah terserlah – Jamil Khir

Pendirian Pas berhubung MN, PN sudah terserlah – Jamil Khir

Pendirian sebenar Pas berhubung gagasan Muafakat Nasional (MN) atau rakan kongsi Perikatan Nasional (PN) sudah terserlah apabila parti itu menyatakan ‘Pas mahu perintah Kedah bersendirian’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah Pas untuk bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah diduga awal.



Kata Jamil Khir, sikap Pas sebelum ini menyaksikan parti itu menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan PN selepas menandatangani piagam MN.

“Seterusnya Pas bertanding atas tiket PN dengan menggunakan lambang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, sekali gus berhadapan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Jadi keputusan bersendirian Pas itu bukanlah sesuatu yang pelik,” katanya dalam kenyataan akhbar, pada Selasa.

Jamil Khir berkata, keputusan itu merupakan urusan politik dalaman Pas namun pada masa sama menjawab segala teka-teki rakyat berhubung pendirian sebenar Pas mengenai MN dan PN.

“Hari ini sudah terang lagikan bersuluh, kita sudah tahu apakah pendirian sebenar Pas,” katanya.



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu program politik yang diadakan di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada Sabtu telah menyatakan parti itu berhasrat memerintah Kedah secara bersendirian selepas PRU15 tanpa perlu menumpang kerajaan campuran.

Kkatanya, jika Pas tidak memerintah bersendirian, seboleh-bolehnya parti lain yang ‘menumpang’ mereka bukan sebaliknya.

Dalam pada itu, Jamil Khir kesal dengan kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan rakyat Kedah pada PRU14 lalu sebagai ‘jahil agama sendiri’ seperti yang dipetik dalam ucapannya.

Menurut Abdul Hadi, kesilapan dilakukan pengundi di Kedah pada PRU14 ialah memilih orang bukan Islam dan liberal menjadi wakil rakyat.



Sementara itu, Jamil Khir berkata, BN/UMNO Kedah akan bersiap siaga berhadapan PRU15 dengan sewajarnya bagi kembali membela rakyat yang kini berdepan pelbagai cabaran hidup.

“Kenyataan Abdul Hadi yang juga merupakan Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah itu umpama ‘kaca yang dihempas ke batu’ bagi masyarakat yang mengharapkan garapan ta’awun dalam pelbagai bentuk, yang diharap disulami kebijaksanaan politik berdasarkan landskap Kedah.

“Masyarakat yang majmuk dan Melayu adalah majoritinya,” katanya lagi. Sinar

Pendirian Pas berhubung MN, PN sudah terserlah – Jamil Khir




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker