Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun

Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun

TARIKH 23 Julai lalu pastinya menjadi detik bersejarah buat penyanyi Wany Hasrita, 30, apabila segala rahsia dan teka-teki percintaannya yang disimpan kemas selama ini berakhir ke jenjang pelamin.

Bertemu jodoh dengan lelaki pilihan, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30 dari Sarawak, siapa sangka perkenalan selama 12 tahun mereka sebelum ini berjaya menyatukan cinta yang kukuh sejak 2019 lalu.



Kini sah bergelar suami isteri, maka bermulalah fasa baharu dalam kehidupan Wany yang akan cuba dilaluinya sebaik mungkin terutama, membahagi masa antara karier dan rumah tangga.

Bertemu Wany dan suami di majlis kesyukuran mereka yang diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras baru-baru ini, penyanyi lagu Menahan Rindu dan Canggung itu berkata, buat seketika dia akan bercuti selama sebulan.

“Alhamdulillah, segala urusan majlis perkahwinan kami sudah selesai dan kami juga dapat merasa sendiri betapa susah dan perit-jerihnya kumpul serta belanja duit untuk kahwin.

“Bukan tiada pihak ingin menaja, tapi kami berdua sudah bersetuju agar majlis akad nikah yang wajib itu, kalau boleh biarlah kita yang keluarkan duit sendiri untuk perbelanjaannya agar dapat merasa pengalaman sebenar. Tapi, tak dinafikan ada juga pihak-pihak yang sudi memberi potongan harga,” katanya.



Mengulas juga berkaitan syarat ‘labuhkan tudung’ yang diletakkan suaminya, Wany berkata, dia memang sudah diingatkan dengan perkara itu.

Katanya, dia akan mencuba sedaya-upaya untuk memegang amanah berkenaan.

“Saya cuba sedaya-upaya untuk melabuhkan tudung, waima sebelum ini pun dah memang dinasihatkan. Cuma, itulah kita punya iman ini kadang-kadang bergegar-gegar juga kan.

“Tapi, insya-Allah selepas ini saya berharap dan doa banyak-banyak semoga Allah tetapkan hati dan cuba mencontohi mereka yang dalam industri tapi masih terjaga serba-serba (dari aspek penampilan). Kita cubalah. Kita cuba sedaya upaya,” katanya.



Ditanya pula mengenai destinasi bulan madu, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia dan suami belum lagi memilih untuk bercuti di mana. Jelasnya, mereka mahu fokus pada acara majlis kesyukuran itu dahulu.

“Destinasi bulan madu kami belum ada lagi. Tapi, ada jugalah hasrat nak ke Makkah mengerjakan umrah, lebih-lebih lagi pergi bersama suami. Namun, buat masa ini kami masih tak rancang apa-apa pun.

“Sebabnya, kami memang nak lepaskan dulu majlis kesyukuran ini dan kemudiannya nak rileks bagi masa bertenang,” katanya yang tidak merancang cahaya mata dan menyerahkan urusan rezeki itu pada ketentuan Allah SWT.

Berbicara juga aktiviti akan membabitkannya ketika dalam tempoh bercuti ini, Wany berkata, dia akan terbabit dengan kejohanan Toyota Gazoo Racing Festival pada 7 Ogos depan.



Turut ditanya kepada Mohd Al-Adib berhubung pembabitan isterinya dalam sukan lasak, katanya dia tidak akan menghalang Wany untuk terus menyertai aktiviti yang disukai isterinya itu.

Katanya, dia juga terbabit dalam bidang kerja yang lasak.

“Saya tak kisah pun dia nak terbabit dalam kejohanan lumba kereta dan sukan lasak. Cuma, paling penting kena ada insurans dulu. Jaga keselamatan dan pakai apa yang patut dipakai,” katanya yang berkhidmat sebagai juruterbang di Kuching, Sarawak.

Terdahulu, Wany selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib dengan dua kali lafaz akad nikah pada Jumaat lalu. Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.



Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana itu, Wany menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian dan tiada dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan. HM

Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker