Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin

Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin

JAKARTA – Kisah seorang wanita di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana dia dikatakan bercerai dengan suaminya selepas tiga hari berkahwin hanya kerana tidak bekerja sebagai doktor, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan hantaran di laman TikTok, seorang wanita bernama Indah menceritakan kisah tersebut yang berlaku kepada sepupunya.



Menurut Indah, sepupunya akhirnya disahkan bercerai selepas setahun menyelesaikan proses perpisahan di mahkamah bersama bekas suaminya.

“Tiga hari selepas berkahwin, dia ditinggalkan tanpa sepatah kata pun. Sehingga ke hari ini, sudah setahun mereka berpisah.

“Semua itu berlaku hanya kerana bekas ibu mentuanya mahukan menantu yang bergelar doktor,” kata Indah.

Tambahnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana sepupunya itu merupakan seorang wanita yang tabah dan berdikari.



“Alhamdulillah, sepupu saya seorang wanita hebat, tabah, berdikari dan mampu mencari wang belanja sendiri,” katanya.

Indah sebelum itu berkongsi klip video wanita tersebut yang kelihatan gembira ketika mendapat dokumen perceraian yang sah dari mahkamah.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan pelbagai persoalan dibangkitkan oleh netizen.

“Kenapa dahulu bekas ibu mentuanya beri kebenaran untuk berkahwin jika sudah tahu mahukan menantu seorang doktor?” soal seorang netizen.



“Kalau sudah tahu bukan doktor dahulu, mengapa masih diteruskan pernikahan?” ujar seorang lagi pengguna media sosial. K Online

Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami



Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker